Aktiviti Terkini

27.03.2010 | 08.00
KEJOHANAN FUTSAL - PIA...
17.04.2010 | 10.00
BOWLING - BEREBUT PIAL...
20.05.2010 | 08.00
CAREER TALK TIKL 2010
03.07.2010 | 09.00
A G M
28.08.2010 | 18.45
MAJLIS BERBUKA PUASA 7...
KEJOHANAN FUTSAL - PIALA PUSINGAN ALUMTEK.KL 2010

Futsal Piala Pusingan Alumtek.KL 2010 sekali lagi akan dianjurkan oleh Alumtek KL pada :

Tarikh : 27 Mac 2010 / Sabtu
Lokasi : Sports Planet Ampang
Masa : 8 pagi - 6 petang

Syarat2 pertandingan serta format pertandingan adalah seperti di Lampiran 1 .

Lampiran 2 adalah borang penyertaan. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM300 setiap pasukan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Mel - 016 3175930
Sher - 012 322 2624
Ozark - 019 221 4217
Lagos - 013 397 9729

Daftarlah pasukan anda sekarang! Hadiah2 menarik menanti para pemenang!

Dowload syarat-syarat & borang penyertaan :

Terdapat 1 komen
 
Kenyataan Rasmi ALUMTEK.KL
Jawatankuasa Protem Persatuan Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (ALUMTEK KL) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ALUMTEK KL telah mendapat kelulusan penubuhan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 6 Januari 2010. Dengan kelulusan tersebut, ALUMTEK KL adalah persatuan alumni yang sah dan rasmi untuk Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur.
ALUMTEK KL akan membuka keahlian kepada semua bekas-bekas pelajar SMTKL pada masa yang terdekat setelah selesai urusan-urusan yang berkaitan.

Berikut adalah yuran untuk menjadi Ahli ALUMTEK KL yang telah dipersetujui dan telah diluluskan di dalam perlembagaan ALUMTEK KL :

Pendaftaran (hanya sekali) : RM50
Yuran Tahunan : RM20

ALUMTEK KL amat memerlukan sokongan yang padu daripada semua bekas-bekas pelajar SMTKL untuk menjayakan persatuan alumni ini dan seterusnya meletakkan ALUMTEK KL seiring dengan alumni-alumni yang sudah kukuh dan terkenal.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Protem ALUMTEK KL
Terdapat 7 komen
 
ALUMTEK.KL Logo Revealed

 

Logo ALUMTEK

 

 

Terdapat 5 komen
 
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TERAWIH BERSAMA PENGHUNI ASRAMA SMTKL
 
Kuala Lumpur, 05-09-2009: Majlis Berbuka Puasa & Terawih yang dianjurkan oleh pihak sekolah SMTKL sungguh meriah. Kedatangan bekas-bekas pelajar sesi 1969-1979 dan juga AJK Protem Alumtek membuat pelajar-pelajar yang juga penghuni asrama SMTKL dapat merasakan keberkatan bulan Ramadhan dan juga kehangatan bulan Syawal. Majlis yang berlangsung di surau sekolah SMTKL bermula dari jam 6.30pm – 10.30pm itu dimulakan dengan kata-kata aluan dari Puan Pengetua. Berbuka dengan air mineral dan kurma, sembahyang maghrib diimamkan oleh Ustaz Jusoh.

Masa yang ditunggu telah tiba, penghuni asrama SMTKL melangkah ke Dewan Makan beramai-ramai untuk menikmati juadah berbuka yang telah disumbangkan oleh Persatuan Bekas Pelajar TIKL sesi 1969-1979. Antara menu yang ada – nasi minyak bersama kari kambing, kari ayam, acar timun, kuih-muih dan juga buah-buahan diikuti dengan air oren dan kopi panas. (Hmmm… sedap hingga menjilat jari)

Acara diteruskan di surau sekolah SMTKL untuk sesi penyampaian sumbangan Hari Raya kepada pelajar-pelajar yang terdiri dari anak yatim piatu. Sumbangan tersebut ehsan dari bekas-bekas pelajar TIKL sesi 1969-1979 tersebut. Selesai acara, majlis disambung dengan Sembahyang Isyak dan juga sembahyang sunat Terawih.

Sebelum majlis bermula, AJK Protem Alumtek juga sempat menghadirkan diri pada hari tersebut. Satu sesi perbincangan bersama pihak sekolah SMTKL dengan bekas pelajar sesi 1969-1979 dan juga AJK Protem Alumtek. Perbincangan bermula seawal jam 5 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang mengenai isu semasa.
Read more...
 
Hari Keusahawanan SMTKL 2009

Hari Keusahawanan SMTKL 2009 pada Sabtu, 07hb.Mac 2009 dianjurkan bersempena dengan Hari PIBG sekolah. Pihak Alumni SMTKL (ALUMTEK) mengambil peluang untuk turut serta di dalam program ini sebagai sebahagian usaha mewawarkan kewujudan ALUMTEK kepada warga SMTKL termasuk ibubapa pelajar. Selain itu ianya sebagai usaha AJK untuk menambahkan dana persatuan.

Untuk program ini, Bendahari-protem ALUMTEK Cik Azah Salleh 93/94 bertindak sebagai Pengarah Projek. Manakala AJKnya terdiri daripada ;

1. Pn. Shaha Ozark 87/88 sebagai Penyelaras Gerai
2. Pn. Sheriza 88/89 sebagai Ketua Unit Jumbo Sale
3. Cik Herni Nini 92/93 sebagai Ketua Unit Slam-Dunk
4. Cik Melissa 92/93 sebagai Ketua Unit Cendol
5. Semua di atas dibantu dengan penuh dedikasi oleh Cik Fatimah PET 88/89, En. Shahrul ANCHOY 92/93 dan En. Erwan Azrin 94/95. Manakala Sdr. Razzy Ismail 87/88 bertindak sebagai Kameramen Yang Tidak Dilantik memandangkan beliau dilihat sebagai agak tidak efektif pada hari itu walaupun tiba seawal 6.54pg di perkarangan sekolah.

Terdapat 1 komen
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 10 of 15

Ahli Terbaru


Mohamad Nadzrin bin Kamaruddin
Kos: Awam

Batch: 2008/2009
Lokasi: Klang

nurul aimuni binti idris
Kos: Elektrik

Batch: 2008/2009
Lokasi: putrajaya

sufian abdullah
Kos: Mekanikal

Batch: 08/09
Lokasi: Klang,kl,semenyih

Muhammad Syafiq Bin Azali
Kos: Mekanikal

Batch: 2008/2009
Lokasi: Kuala Lumpur