Aktiviti Terkini

20.03.2010 | 10.00
FUTSAL - PIALA PUSINGA...
17.04.2010 | 10.00
BOWLING - BEREBUT PIAL...
20.05.2010 | 08.00
CAREER TALK TIKL 2010
03.07.2010 | 09.00
A G M
28.08.2010 | 18.45
MAJLIS BERBUKA PUASA 7...
Kenyataan Rasmi ALUMTEK.KL
Jawatankuasa Protem Persatuan Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (ALUMTEK KL) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ALUMTEK KL telah mendapat kelulusan penubuhan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 6 Januari 2010. Dengan kelulusan tersebut, ALUMTEK KL adalah persatuan alumni yang sah dan rasmi untuk Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur.
ALUMTEK KL akan membuka keahlian kepada semua bekas-bekas pelajar SMTKL pada masa yang terdekat setelah selesai urusan-urusan yang berkaitan.

Berikut adalah yuran untuk menjadi Ahli ALUMTEK KL yang telah dipersetujui dan telah diluluskan di dalam perlembagaan ALUMTEK KL :

Pendaftaran (hanya sekali) : RM50
Yuran Tahunan : RM20

ALUMTEK KL amat memerlukan sokongan yang padu daripada semua bekas-bekas pelajar SMTKL untuk menjayakan persatuan alumni ini dan seterusnya meletakkan ALUMTEK KL seiring dengan alumni-alumni yang sudah kukuh dan terkenal.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Protem ALUMTEK KL
Terdapat 4 komen
 
ALUMTEK.KL Logo Revealed

 

Logo ALUMTEK

 

 

Terdapat 5 komen
 
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TERAWIH BERSAMA PENGHUNI ASRAMA SMTKL
 
Kuala Lumpur, 05-09-2009: Majlis Berbuka Puasa & Terawih yang dianjurkan oleh pihak sekolah SMTKL sungguh meriah. Kedatangan bekas-bekas pelajar sesi 1969-1979 dan juga AJK Protem Alumtek membuat pelajar-pelajar yang juga penghuni asrama SMTKL dapat merasakan keberkatan bulan Ramadhan dan juga kehangatan bulan Syawal. Majlis yang berlangsung di surau sekolah SMTKL bermula dari jam 6.30pm – 10.30pm itu dimulakan dengan kata-kata aluan dari Puan Pengetua. Berbuka dengan air mineral dan kurma, sembahyang maghrib diimamkan oleh Ustaz Jusoh.

Masa yang ditunggu telah tiba, penghuni asrama SMTKL melangkah ke Dewan Makan beramai-ramai untuk menikmati juadah berbuka yang telah disumbangkan oleh Persatuan Bekas Pelajar TIKL sesi 1969-1979. Antara menu yang ada – nasi minyak bersama kari kambing, kari ayam, acar timun, kuih-muih dan juga buah-buahan diikuti dengan air oren dan kopi panas. (Hmmm… sedap hingga menjilat jari)

Acara diteruskan di surau sekolah SMTKL untuk sesi penyampaian sumbangan Hari Raya kepada pelajar-pelajar yang terdiri dari anak yatim piatu. Sumbangan tersebut ehsan dari bekas-bekas pelajar TIKL sesi 1969-1979 tersebut. Selesai acara, majlis disambung dengan Sembahyang Isyak dan juga sembahyang sunat Terawih.

Sebelum majlis bermula, AJK Protem Alumtek juga sempat menghadirkan diri pada hari tersebut. Satu sesi perbincangan bersama pihak sekolah SMTKL dengan bekas pelajar sesi 1969-1979 dan juga AJK Protem Alumtek. Perbincangan bermula seawal jam 5 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang mengenai isu semasa.
Read more...
 
Hari Keusahawanan SMTKL 2009

Hari Keusahawanan SMTKL 2009 pada Sabtu, 07hb.Mac 2009 dianjurkan bersempena dengan Hari PIBG sekolah. Pihak Alumni SMTKL (ALUMTEK) mengambil peluang untuk turut serta di dalam program ini sebagai sebahagian usaha mewawarkan kewujudan ALUMTEK kepada warga SMTKL termasuk ibubapa pelajar. Selain itu ianya sebagai usaha AJK untuk menambahkan dana persatuan.

Untuk program ini, Bendahari-protem ALUMTEK Cik Azah Salleh 93/94 bertindak sebagai Pengarah Projek. Manakala AJKnya terdiri daripada ;

1. Pn. Shaha Ozark 87/88 sebagai Penyelaras Gerai
2. Pn. Sheriza 88/89 sebagai Ketua Unit Jumbo Sale
3. Cik Herni Nini 92/93 sebagai Ketua Unit Slam-Dunk
4. Cik Melissa 92/93 sebagai Ketua Unit Cendol
5. Semua di atas dibantu dengan penuh dedikasi oleh Cik Fatimah PET 88/89, En. Shahrul ANCHOY 92/93 dan En. Erwan Azrin 94/95. Manakala Sdr. Razzy Ismail 87/88 bertindak sebagai Kameramen Yang Tidak Dilantik memandangkan beliau dilihat sebagai agak tidak efektif pada hari itu walaupun tiba seawal 6.54pg di perkarangan sekolah.

Terdapat 1 komen
Read more...
 
Hari Keusahawanan SMTKL 2009

Butiran seperti di bawah:

Tarikh : 7 Mac 2009
Hari : Sabtu
Jam : 7:30am – 1:30 pm
Tempat : Perkarangan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
Tetamu : Orang ramai, Ibu bapa, Pelajar-pelajar dan Bekas pelajar.

Perhatian!!!..Masa terhad kerana kita cuma ada 7 hari sahaja. Kepada sesiapa yang berminat untuk menderma atau menyertai Hari Keusahawanan sila hubungi:-           

            Azah Salleh (9394)     - 019 273 0485

            Herni (9293)                - 013 253 4560

Juga sesiapa yang juga ingin menderma barangan yang tidak dipakai juga dialukan kerana kita akan mengadakan jualan jumbo.

Barangan yang akan dijual adalah seperti:- majalah, buku cerita, tudung, baju, anak patung, handbag, kasut dan lain-lain. Sila kumpulkan dan hantar barangan anda pada hari tersebut.

Jasa anda amat dihargai kerana duit hasil jualan pada hari tersebut akan didermakan ke tabung Alumtek KL.


Terdapat 4 komen
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 10 of 14

Ahli Terbaru


nurul aimuni binti idris
Kos: Elektrik

Batch: 2008/2009
Lokasi: putrajaya

Muhammad Syafiq Bin Azali
Kos: Mekanikal

Batch: 2008/2009
Lokasi: Kuala Lumpur

Nur Farhana
Kos: Perdagangan

Batch: 08&09
Lokasi: Tmn Melawati

Mohamad Johari Ali
Kos: Teknikal

Batch: 1992-1993
Lokasi: JB