Aktiviti Terkini

20.11.2010 | 18.00
ANNUAL DINNER ALUMTEK....
Bagaimana Ingin Mendaftar Di Alumtek.net? PDF Print E-mail

Disebabkan terdapat beberapa pertanyaan mengenai pendaftaran di laman web ini, maka patutlah saya tampil memberikan penjelasan. Secara ringkasnya, ada 2 langkah yang patut anda ikuti untuk melakukan pendaftaran :1. Mengisi borang pendaftaran dengan betul.
2. Login ke dalam email anda untuk klik pada link pengesahan.
Selesai! Screenshot sebagai panduan anda mengisi borang :


Namun ada beberapa perkara saya perlu perincikan di sini kerana ramai yang tidak menjalankan proses pendaftaran dengan lengkap. Antaranya ialah :

1. Tidak mengisi nama penuh pada ruangan "Name" (Contoh nama penuh : Zakaria bin Abu)
2. Tidak login ke dalam email untuk klik pada link pengesahan
Mungkin anda bertanya, perlukah proses ini semua? Baiklah, biar saya jelaskan sebabnya.

Mengapa perlu mengisi nama penuh pada ruangan "Name"?

Setiap pendaftaran anda akan disemak satu persatu. Ini kerana hanya bekas pelajar SMTKL
sahaja dibenarkan mendaftar. Jika anda tidak menggunakan nama penuh, mana mungkin
rekod anda boleh disemak memandangkan maklumat yang ada tidak lengkap. Pihak admin di alumtek.net sentiasa berhubung dengan pihak sekolah SMTKL untuk merujuk rekod bekas pelajar yang sedia ada.

Perlu diingat, ini adalah laman web rasmi dan bukannya laman web persendirian atau kumpulan yang bersifat "batchy" untuk membentuk komuniti di internet. Justeru, pihak sekolah sentiasa memantau perkembangan alumtek dan memastikan ahlinya adalah bekas pelajar SMTKL yang sah.

Mengapa perlu login ke email dan klik pada link pengesahan selepas mengisi borang?

Jawapannya ringkas. Bagi mengelakkan SPAM (unsolicited email) dan memastikan email
yang digunakan betul-betul wujud dan hak milik anda.

Ini adalah perkara yang perlu ditekankan memandangkan jumlah ahli yang melakukan
pendaftaran secara tidak lengkap adalah terlalu ramai. Bukti?



Antara maklumat yang dimaksudkan tidak lengkap ialah :
1. Memasukkan nickname pada ruangan "Name". Nickname hendaklah diisi pada ruangan "username".
2. Tidak mengisi nama penuh pada ruangan "Name". Contoh : Razak. Bagaimana pihak admin boleh mengenal pasti anda Razak yang mana satu?
3.Tidak klik pada link pengesahan di dalam email setelah mengisi borang pendaftaran.
Sekiranya anda melakukan proses pendaftaran dengan lengkap, pihak admin akan mengesahkan pendaftaran anda dan anda boleh mula login untuk melihat isi kandungan laman web yang disediakan khas untuk ahli berdaftar.

Ada apa-apa lagi yang saya perlu lakukan setelah login?

Ya! Setelah login, anda akan dapat melihat link "Edit Profile". Klik pada link tersebut dan isikan maklumat mengenai diri anda selengkapnya. Alumtek adalah kumpulan yang
dinamik dan ahlinya adalah ahli yang tidak berselindung di sebalik nickname di internet.
Justeru, isi maklumat anda dengan betul dan lebih baik jika anda dapat memasukkan
gambar anda. Tidak perlu terlalu formal. Hanya cukup sekadar ada untuk orang lain dapat mengenali diri anda.

Selain itu, sekiranya anda ingin turut serta di forum, memasukkan gambar pada galeri gambar, memberi berita atau maklumat berkaitan bekas pelajar SMTKL yang anda kenali, pihak admin amat mengalu-alukan penyertaan anda.

Semoga anda terhibur dan mendapat manfaat melalui penubuhan Alumni SMTKL.

Readers have left 6 comments.
 No.1  Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dinyatakan di sini.
admin (Super Administrator) • 2007-09-10 04:16:21
 No.2  Update Profile
Dah try update profile, dah isu semua, tapi asyik di'prompt' with this:
"Message ordering: this field is required!". Boleh tolong?..Thanks.
Nadia (Registered) • 2007-11-23 06:51:16
 No.3  Untitled
isi lah message ordering punye field tu
admin (Super Administrator) • 2007-12-21 15:41:54
 No.4  x bleh tukar nickname
msg ni yg kuar mase nak edit profile:

"Fatal error: Class ' ' not found in /home/alumtekn/public_html/v1/administrator/components/com_comprofiler/plugin.foundation.php on line 16"
omar_epps1983 (Registered) • 2008-06-30 00:27:42
 No.5  username
how to change username ??
hidayati (Registered) • 2009-05-08 18:24:39
 No.6  Yuran Tahunan.
Bagaimana dan berapa RM yg perlu di bayar sbg ahli?
ruzy69 (Registered) • 2010-05-02 04:09:11
Please login or register to post comments.
J! Reactions 1.09.00 • General Site License
Copyright © 2006 S. A. DeCaro

 
< Prev   Next >

Ahli Terbaru


Nordalily Binti Ab Llah
Kos: Awam

Batch: 2002/2003
Lokasi: sg buloh

Hasnatul Nazuha Hassan
Kos: Perdagangan

Batch: 1996/1997
Lokasi: Loughborough, UK

Muhammad Nasharudin bin Noordin
Kos: Elektrik

Batch: 2007/2008
Lokasi: Kuala Lumpur

nur ain abdul ghani
Kos: Awam

Batch: 2006-2007
Lokasi: kuala lumpur