| Futsal Alumtek Meriah! |
|
|
|
|
Assalamualaikum / Salam sejahtera,
Klik di sini untuk melihat gambar-gambar yang ada. Aktiviti julung kali ALUMTEK berlangsung dengan meriah baru-baru ini di Ampang Sport Planet dihadiri kira-kira 41 orang ahli Alumtek. Terdiri dari pelbagai batch, aktiviti ini dianggap berjaya mengumpulkan bekas-bekas pelajar Sek. Men. Teknik Kuala Lumpur tanpa mengira sesi persekolahan dan umur. Kehadiran bekas pelajar wanita kurang memberangsangkan. Hanya diwakili oleh batch 88/89 dan 92/93. Peserta wanita bermain bola secara campuran dengan peserta lelaki, dan memang ketara mereka dibuli oleh peserta lelaki. Kesemua acara diadakan dari jam 3 sehingga 6 petang. Keputusan futsal hari itu dikira menerusi jaringan paling banyak yang dihasilkan dan dimenangi oleh kumpulan Kaki Bola. Keputusan perlawanan : Kaki Bola (14 gol) mengalahkan Kaki Bangku (13 gol). Walaupun ada bantahan, tapi tidak dilayan. Wakil penjual sticker Alumtek pun turut membuka ‘kedai’ pada hari itu dan menerima sambutan yang menggalakkan. Readers have left 5 comments. No.1 Untitled
wah..wah..wah...cikgu ko-k kita dah jadi wartawan berita lah puloookkp... Duke XV (Registered) • 2008-04-29 17:05:10 No.2 Untitled
hehhehe..tak dpt baca jadik pembaca berita tv, jadik wartawan alumtek pon ok laaa....ngeh ngeh ngeh mel (Registered) • 2008-04-29 17:43:57 No.3 Untitled
tu la tu..."assalamualaikum, sekian mel melaporkan untuk Buletin Alumtek.."... kekeke azhanizam (Registered) • 2008-04-30 19:10:57 No.4 Untitled
huwaaa...nape la batch kite macam tak de je yg join..sedih nyee...kite pun tak tau..ade futsal rupenye..huwaaa xeliyx (Registered) • 2008-06-21 21:01:25 No.5 Untitled
bsk kite berentap!! ![]() nazmistar (Registered) • 2009-02-13 16:08:34 |
| < Prev | Next > |
|---|
Ahli Terbaru
|
|
|
| ||||||||










