Aktiviti Terkini

20.11.2010 | 18.00
ANNUAL DINNER ALUMTEK....
Program Career Talk 2008 PDF Print E-mail

Pada 26/7/2008 yang lalu, Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur telah mengadakan satu program Career Talk. Program ini menjadi landasan untuk pelajar SMTKL memilih karier mereka selepas menduduki SPM kelak. Program ini yang buat pertama kalinya diadakan oleh alumni sekolah. Penganjur utama program ini ialah Syarikat Touch ‘n Go (TnG) dan antara penganjur yang lain ialah Petronas, Karangkraf dan Bank Negara.

 

Program ini telah dirancang selama sebulan lebih dan meeting terakhir telah diadakan pada malam sebelum program berlangsung. Para speaker dan krew yang membantu bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini dari awal hingga akhir program ini dijalankan. Jadual serta aktiviti-aktiviti program sepenuhnya dirancang oleh alumni sekolah.

 

Pada tarikh yang telah ditetapkan, pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur telah berkumpul di Dewan Utama pada pukul 8.00 pagi untuk sesi pendaftaran. Pelajar dan guru-guru telah dibekalkan dengan sarapan serta kad TnG daripada penganjur utama.

 

Program yang sepatutnya bermula pada pukul 9.00 pagi telah diawalkan pada pukul 8.45 pagi atas kerjasama yang baik diberikan oleh para pelajar SMTKL. Program bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Muhammad Zulkiflee Osman (88/89) dan dirasmikan oleh pengetua SMTKL, Tuan Haji Hamsi Bin Jamhari diikuti dengan ucapan daripada Ketua Pegawai Operasi. Sesi “Ice Breaking” yang dipengerusikan oleh Muhammad Zulkiflee.

 

Selepas hampir sejam di dalam dewan, pelajar diarahkan untuk ke kelas masing-masing untuk memulakan sesi “Career Talk” yang pertama. Seramai 22 orang speaker bagi setiap tingkatan dan dibantu oleh krew-krew yang lain untuk menjadi helpers, time keepers supaya sesi ini berjalan lancar. Antara speaker ialah Ahmad Suhaimi, Mejar Rosli, Mejar Rashidi, Shaharidzal, Melissa, Fatimah, dan Hisam. Sesi ini telah diberikan masa selama 30 minit oleh setiap alumni untuk menceritakan karier mereka sebagai panduan para pelajar untuk menyambungkan pelajaran selepas SPM dan pelbagai soalan telah diajukan oleh para pelajar. Sesi pertama ditangguh untuk berhenti rehat untuk makan tengah hati dan solat Zuhur. Sesi “Career Talk” kedua pula disambung pada pukul 2.00.

 

Selepas selesai sesi tersebut, pelajar diarahkan ke Dewan Utama semula untuk sesi “Meet The Expert”. Pelajar diberi peluang untuk bertemu dan berkenalan dengan lebih rapat dengan para alumni yang telah berjaya dalam karier masing-masing. Sesi yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar iaitu cabutan bertuah yang dipengerusikan oleh Shahidah bt. Mohd Arshad @ Mohd Asad (87/88) dengan sebanyak 50 buah hadiah yang menarik disediakan untuk para pelajar. Sesi ini telah diadakan dengan meriah sekali.

Perlawanan futsal dan bola jaring telah diadakan antara alumni dan pelajar SMTKL setelah selesai solat asar.

 

SMTKL juga telah menjadi sekolah angkat bagi TnG. Setiap penggunaan TnG oleh para pelajar dan guru SMTKL akan memberi manfaat kepada pihak sekolah.

Klik di sini untuk meninggalkan komen
Please login or register to post comments.
J! Reactions 1.09.00 • General Site License
Copyright © 2006 S. A. DeCaro
 
< Prev   Next >

Ahli Terbaru


Nordalily Binti Ab Llah
Kos: Awam

Batch: 2002/2003
Lokasi: sg buloh

Hasnatul Nazuha Hassan
Kos: Perdagangan

Batch: 1996/1997
Lokasi: Loughborough, UK

Muhammad Nasharudin bin Noordin
Kos: Elektrik

Batch: 2007/2008
Lokasi: Kuala Lumpur

nur ain abdul ghani
Kos: Awam

Batch: 2006-2007
Lokasi: kuala lumpur