Aktiviti Terkini

20.11.2010 | 18.00
ANNUAL DINNER ALUMTEK....
Penghargaan Bagi Aktiviti Gotong-Royong SMTKL PDF Print E-mail

Assalamualaikum....

Syukur Alhamdulillah kerana aktiviti Gotong Royong Perdana SMTKL telah selesai seperti yang dijadualkan iaitu pada hari Sabtu baru-baru ini, 7hb Februari 2009. Saya, bagi pihak Alumtek KL ingin mengucapkan SYABAS kepada semua warga gotong royong kerana aktiviti ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang kelewatan, masalah, pertelingkahan atau demonstrasi.

Aktiviti gotong royong ini merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh SMTKL yang pada mulanya hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 5. Alumtek.KL telah mengambil kesempatan ini untuk turut serta didalam aktiviti ini sebagai salah satu sumbangan alumni kepada pihak sekolah untuk takwim 2009 ini. Bulatan sediada di perkarangan tempat letak kereta utama SMTKL telah diambil sebagai kawasan angkat Alumtek.KL yang bakal dikenali sebagai Bulatan Alumtek.

Pada hari gotong royong tersebut, beberapa wakil sari Alumtek.KL yamg berkesempatan telah hadir untuk bersama-sama dalam usaha untuk memperindahkan Bulatan Alumtek. Wakil-wakil Alumtek .KL kita juga telah tiba seawal 8 pagi lagi dan bersedia untuk bertungkus-lumus untuk menjayakan projek kawasan angkat kita ini.

Mereka yang sempat menghadirkan diri pada hari tersebut terdiri dari pelbagai “batch” dan nama-nama mereka adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:-

1) Nur Afifah Abd Halim 1999
2) Raja Emy Saadiah Raja Fazal Ahmad 1999
3) Mahani Binti Ismail 07/08
4) Zulfahmi bin Sutaji (Duke93) 92/93
5) Shahrul Azman (Anchoy) 92/93
6) Laila Soraya Muhamad (lyla)2008
7) Alyaa bt Mohd Sidi (Alyaa) 2008
8) Melissa Md Rosid (Mel) 92/93
9) Shahrin Md Zin (Lhorat86) 86/87
10) Arun Fazhillah Hamdan (Arun)2000
11) Kamarul Ariffin Khalif (Lambert86) 86/87
12) Shahrul Nizam Md Noh (Sha) 2000
13) Mira Edora Zaharudin (Mira)2008
14) Siti Norazah Salleh (Azah) 93/94
15) Norizzuddin Kasim (Dino) 88/89
16) Sheriza Md Nazir (Sher) 88/89
17) Ahmad Suhaimi (Lagos87) 87/88
18) Nasaruddin (Nasa) 86/87
19) Fatimah Isa (Pet) - Ketua Juri 88/89

Terdapat beberapa rakan-rakan kita di atas baru pertama kali melibatkan diri dengan aktiviti alumni ini dan diharap lebih ramai lagi muka-muka baru yang akan muncul dalam aktiviti-aktiviti akan datang.

Selain dari projek pengindahan Bulatan Alumtek, kita juga turut menyumbang cenderahati kepada kelas-kelas yang mendapat tempat 5 terbaik bagi projek mengecat 22 kelas di 4 bangunan sekolah. 5 juri dari kalangan ahli alumni telah dilantik bagi membuat pemarkahan ke atas kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Sub Committee Project Director iaitu Puan Ozark seperti kreativiti, kerjasama dan kebersihan.

Aktiviti gotong royong selesai pada pukul 12 tengahari seperti yang dijadualkan dan disusuli dengan majlis makan tengahari bersama pelajar dan guru-guru di dewan makan SMTKL. Disini juga penyampaian cenderahati dari Alumtek KL kepada kelas-kelas terpilih tadi oleh Pengetua sekolah.

Alumtek.KL ingin mengambil kesempatan ini utuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang sempat menghadirkan diri pada hari tersebut. Terima kasih juga kepada ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan dan perlaksanaan projek pengindahan Bulatan Alumtek ini. Terima kasih tak terhingga juga kepada rakan kita iaitu saudara Kamarul Arrifin 8687 yang telah menyumbang hampir RM700 bagi membeli pokok-pokok, baja, tanah dan lain-lain untuk projek kali ini. Semoga Allah s.b.t. menambahkan lagi rezeki saudara kita ini.

Sekian, terima kasih.

Readers have left 4 comments.
 No.1  Tq ya Abg Lambert
Sesungguhnya saya terharu ngan kerjasama abg Lambert.. walaupun bro baru join grup Alumtek tp dah banyak jasa..
Saint Anchoy (Registered) • 2009-02-11 17:50:03
 No.2  LAPORAN
Syabas Pet selaku Ketua Juri... Laporan lengkap. I like...
Queen Ozark (Registered) • 2009-02-12 07:47:02
 No.3  salah nama
nak betul kan nama, bukan nasaruddin tapi
Nasa Radzie......... thanks
nasa (Registered) • 2009-02-12 22:35:39
 No.4  salah nama
Ops sori bro...

Nanti I betulkan nama you di forum yea...
Queen Ozark (Registered) • 2009-02-15 00:20:12
Please login or register to post comments.
J! Reactions 1.09.00 • General Site License
Copyright © 2006 S. A. DeCaro

 
< Prev   Next >

Ahli Terbaru


Nordalily Binti Ab Llah
Kos: Awam

Batch: 2002/2003
Lokasi: sg buloh

Hasnatul Nazuha Hassan
Kos: Perdagangan

Batch: 1996/1997
Lokasi: Loughborough, UK

Muhammad Nasharudin bin Noordin
Kos: Elektrik

Batch: 2007/2008
Lokasi: Kuala Lumpur

nur ain abdul ghani
Kos: Awam

Batch: 2006-2007
Lokasi: kuala lumpur