Aktiviti Terkini

20.11.2010 | 18.00
ANNUAL DINNER ALUMTEK....
Hari Keusahawanan SMTKL 2009 PDF Print E-mail

Butiran seperti di bawah:

Tarikh : 7 Mac 2009
Hari : Sabtu
Jam : 7:30am – 1:30 pm
Tempat : Perkarangan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
Tetamu : Orang ramai, Ibu bapa, Pelajar-pelajar dan Bekas pelajar.

Perhatian!!!..Masa terhad kerana kita cuma ada 7 hari sahaja. Kepada sesiapa yang berminat untuk menderma atau menyertai Hari Keusahawanan sila hubungi:-           

            Azah Salleh (9394)     - 019 273 0485

            Herni (9293)                - 013 253 4560

Juga sesiapa yang juga ingin menderma barangan yang tidak dipakai juga dialukan kerana kita akan mengadakan jualan jumbo.

Barangan yang akan dijual adalah seperti:- majalah, buku cerita, tudung, baju, anak patung, handbag, kasut dan lain-lain. Sila kumpulkan dan hantar barangan anda pada hari tersebut.

Jasa anda amat dihargai kerana duit hasil jualan pada hari tersebut akan didermakan ke tabung Alumtek KL.

Readers have left 4 comments.
 No.1  Datang la ramai-ramai
Datang la ramai-ramai sabtu nti..ada barang2 yg nak dijual kat jumbo sale, leh la bwk..
MEL (Registered) • 2009-03-02 12:41:20
 No.2  Untitled
..geng2 alumtek x ramai yg datang. Tapi meriah hari tu..!!
RazzyBozzy (Registered) • 2009-03-10 10:40:39
 No.3  Untitled
Hari Keusahawanan SMTKL 2009 pada Sabtu, 07hb.Mac 2009 dianjurkan bersempena dengan Hari PIBG sekolah. Pihak Alumni SMTKL (ALUMTEK) mengambil peluang untuk turut serta di dalam program ini sebagai sebahagian usaha mewawarkan kewujudan ALUMTEK kepada warga SMTKL termasuk ibubapa pelajar. Selain itu ianya sebagai usaha AJK untuk menambahkan dana persatuan.

Untuk program ini, Bendahari-protem ALUMTEK Cik Azah Salleh 93/94 bertindak sebagai Pengarah Projek. Manakala AJKnya terdiri daripada ;

1. Pn. Shaha Ozark 87/88 sebagai Penyelaras Gerai
2. Pn. Sheriza 88/89 sebagai Ketua Unit Jumbo Sale
3. Cik Herni Nini 92/93 sebagai Ketua Unit Slam-Dunk
4. Cik Melissa 92/93 sebagai Ketua Unit Cendol
5. Semua di atas dibantu dengan penuh dedikasi oleh Cik Fatimah PET 88/89, En. Shahrul ANCHOY 92/93 dan En. Erwan Azrin 94/95. Manakala Sdr. Razzy Ismail 87/88 bertindak sebagai Kameramen Yang Tidak Dilantik memandangkan beliau dilihat sebagai agak tidak efektif pada hari itu walaupun tiba seawal 6.54pg di perkarangan sekolah.

Acara angkat dan susun meja bermula seawal 7.30pagi. Sebenarnya meja untuk gerai-gerai lain telah pun tersedia pada pagi tersebut, mungkin sejak petang jumaat. Cuma untuk gerai ALUMTEK sahaja tiada. Bagaimanapun dengan kerjasama yang baik daripada Cikgu Zuraidah dan 2 pelajar tingkatan 4, kami berjaya memperoleh 1 meja kantin walaupun sepatutnya 2 meja diperuntukkan kepada gerai ALUMTEK. Kemudiannya 1 meja kecik Berjaya ‘dirembat’ oleh salah seorang dari AJK, mungkin menggunapakai kemahiran semasa belajar di sekolah.

Terdapat kira-kira 10 gerai di sepanjang koridor pejalan kaki dan 5 gerai di dalam kawasan kantin sekolah yang menjual pelbagai produk barangan, makanan dan permainan. Bagi ALUMTEK, kita menjual produk serta permainan seperti;

1. Unit Jumbo Sale
- Pakaian terpakai terdiri dari baju kurung, t-shirt, tudung, teddy-bear dan seumpamanya.
- VCD haram, majalah, komik dan seumpamanya

2. Unit Slam-Dunk
- Permainan menjaringkan bola keranjang dengan cederamata seperti teddy-bear dan cawan-cawan MILO.

3. Unit Cendol
- Menjual cendol dengan jenama “Cendol Mel ..Leleh”. Produk ini mendapat sambutan paling hangat dengan habis terjual tidak sampai 2 jam.
- Jualan spageti juga mendapat sambutan amat menggalakkan. Begitu juga dengan jualan sup cendawan.

Perancangan asal untuk membuat permainan Teka Jumlah Kacang Di Dalam Balang tidak dapat dibuat setelah penaja utama iaitu En.Kamar Lambert 86/87 dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari sebelum itu atas masalah gastrik. InsyaAllah niat murninya itu akan terlaksana dalam aktiviti-aktiviti ALUMTEK di lain masa.

Secara keseluruhan, penglibatan ALUMTEK dalam Hari Keusahawanan SMTKL 2009 ini dianggap meriah dan berjaya. Kehadiran ibubapa bersempena Hari PIBG menambah kemeriahan gerai-gerai. Lawatan pelajar-pelajar yang berjiran dengan SMTKL seperti SMSS dan SMAS dilihat amat mesra sesama mereka.

Hasil jualan gerai pada hari itu juga agak baik. Jualan pertama adalah pembelian 3 helai baju-baju terpakai pada harga RM10 kepada pelajar sekolah dalam pukul 8.38pg. Keuntungan hasil jualan pada hari itu akan dimasukkan ke dalam dana ALUMTEK.

Antara rakan-rakan dalam ALUMTEK yang datang memeriahkan majlis pada hari tersebut adalah En. Eskandar 87/88 sekeluarga, En. Azlan 03/04 ….errr, rasanya tu jer kot. Atau mungkin ada sorang dua lagi yang tidak dapat dikesan oleh penulis.

Pihak AJK mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En. Shaha (suami Sheriza) dan anaknya, Adik Zarif Shaha kerana banyak membantu sepanjang majlis tersebut. Kami juga ingin mengucapkan penghargaan kepada Pengarah Projek, Cik Azah Salleh yang masih dapat memberi komitmen pada hari tersebut walaupun rumah beliau telah dimasuki pencuri sehari sebelum itu. Kepada sesiapa yang ingin membantu dan memberi kata-kata semangat serta sokongan boleh melalui ALUMTEK dan rakan-rakan yang mengenali beliau.
RazzyBozzy (Registered) • 2009-03-11 13:17:23
 No.4  TQ Razzy
Wahh..nape tak kstau laporan dah masuk? Leh letak report ni kat laman utama..ini kat komen ni orang tak baca..
MEL (Registered) • 2009-03-23 09:36:06
Please login or register to post comments.
J! Reactions 1.09.00 • General Site License
Copyright © 2006 S. A. DeCaro

 
< Prev   Next >

Ahli Terbaru


Nordalily Binti Ab Llah
Kos: Awam

Batch: 2002/2003
Lokasi: sg buloh

Hasnatul Nazuha Hassan
Kos: Perdagangan

Batch: 1996/1997
Lokasi: Loughborough, UK

Muhammad Nasharudin bin Noordin
Kos: Elektrik

Batch: 2007/2008
Lokasi: Kuala Lumpur

nur ain abdul ghani
Kos: Awam

Batch: 2006-2007
Lokasi: kuala lumpur