Aktiviti Terkini

20.11.2010 | 18.00
ANNUAL DINNER ALUMTEK....
Laporan Kejohanan Futsal TIKL 14.02.09 PDF Print E-mail

Ampang - Setelah menunggu dengan penuh kesabaran maka pada 14.02.09 yg lalu telah berlangsungnya Kejohanan Futsal Alumtek TIKL yg dianjurkan oleh Alumtek.KL. Sesungguhnya kejohanan kali ini dilihat sebagai satu kejohanan tahunan yg senantiasa ditunggu oleh seluruh warga Alumtek tidak kira yg muda, sederhana muda dan juga warga emas. Bukan setakat utk menjadi juara tetapi yg paling penting adalah untuk merapatkan silaturrahim antara kita semua.


Dimulakan dengan sesi pendaftaran pemain pada jam 2.00 petang, semua pemain dan pasukan dengan tradisi TIKL beratur dgn penuh semangat mendaftar nama masing2. Diikuti pula dengan taklimat oleh Ketua teknikal futsal kali ini, Saudara Ahmad Suhaimi B. Sulaiman (Lagos87/88). Memang bersemangat bro kita berikan segala peraturan dan semangat untuk bermain dengan penuh disiplin! Kejohanan kali ini membariskan beberapa pasukan ”favourite”, antaranya Abg Jamil 87/88, Gemstar 88/89, Abg Kus 87/88 dan juga pasukan Rockstar 92/93. Yang lain-lain tu kira underdog la ek...

Setelah diberikan masa untuk menyusun strategi masing- masing, pasukan mula bermain jam 3 petang. Beberapa pasukan telah memulakan permainan dengan kekalahan mengejutkan! Tapi pasukan Rockstar tetap maintain.. menang 2-0!!! Namun begitu, pasukan- pasukan underdog mula bangkit dan menunjukkan taring masing–masing... Bermula permainan seterusnya pasukan underdog seperti pasukan Taboo dan Pucuk serta pasukan favourite – Abg Kus/Jamil mula garang... membelasah pasukan lawan masing-masing. Antara pasukan yg malang dibelasah oleh pasukan underdog ialah pasukan Gemstar.. Kesian mereka, pintu gol mereka dibolosi mcm main takde penjaga gol je..

Kejohanan yg secara liga ini berlangsung dengan penuh sengit dan semangat kesukanan yg amat tinggi. Tiada pergaduhan besar mahupun yg kecil berlaku walaupun perang saraf dilakukan dengan begitu hebat sekali oleh pasukan–pasukan yang bertanding. Yg tercedera pun sengaja mencederakan otot betis atau kaki kerana sukarelawan/wati 1st Aider terdiri dari adik-adik yg cun dan tampan hadir pada hari itu utk memantau keadaan pemain-pemain.

Akhirnya perlawanan akhir telah ditentukan antara pasukan Taboo dan Pasukan Pucuk dan kemenangan telah diraih oleh Pasukan Pucuk!! Dengan keputusan 3-0 itu, mereka dapat menjulang sekejap piala pusing dan juga dapat bawa balik piala iringan yg disumbangkan oleh Saudara Kamarul Ariffin (Lambert86/87). Terima Kasih bro ek.. Jasamu tetap kami kenang..

Beberapa hadiah iringan juga telah diberikan kepada pemain pemain yang dipilih oleh AJK yg bertanggungjawab.

Tak lupa juga semasa permainan futsal berlangsung, anak-anak comel X-TIKL seramai 25 org telah menunjukkan bakat dalam pertandingan mewarna. Meriah dan tekun sungguh anak anak comel X-TIKL mewarna... sampai tak mengganggu bapa yg main futsal....

Sebelum mengakhiri laporan kali ini, pihak AJK ingin mengucapkan syabas kepada semua yg hadir bermain atau tidak kerana berjaya menjayakan Kejohanan kali ini yg paling sukses. Bagi kami anda semua adalah JUARA dalam kejohanan ini kerana tanpa sokongan anda semua memang takkan ada FUTSAL ALUMTEK nie!! Kepada Bro Khairul Azman (Pub87/88) yg balik Malaysia dr Dubai semata-mata main dengan team Abg Kus/Jamil, Megat Shah (Thumpark87/88) dari Trengganu dan juga junior-junior yang datang dari jauh semata-mata nak memeriahkan majlis dan juga kepada sang isteri dan sang suami serta anak-anak comel X-TIKL, TERIMA KASIH kami ucapkan ...

Apa yg kami harapkan dr majlis seperti ini adalah untuk merapatkan silaturahim antara kita dan juga memartabatkan lagi nama Sek Men Teknik Kuala Lumpur di mata masyarakat Malaysia.. Insya Allah kita akan capai semua dengan sokongan anda semua.

Adios!

Dibawah ini disertakan keputusan penuh Kejohanan Futsal Alumtek 2009

1) KAKI GOL – Penjaring yang sumbat gol terbanyak …..
Saudara Azwan @ Urthex8788
Team Abang Jamil

2) KAKI BERSIH – Pemain terbaik, sopan santun, bukan kaki gadoh, tak lawan referee, tak cederakan lawan……
Saudara Shazli
Team Taboo FC9596

3) KAKI PANCIT – Tercungap-cungap tetapi bermain bersungguh-sungguh dan semangat kesukanan tinggi
Saudara Strauss8485
Team Abang Kus

4) KAKI LAWAK – Yang sporting, buat aksi spontan dan tersengih-sengih
Saudara Nor Razi8889
Team Gemstar

5) KAKI SORAK – Yang kuat berteriak, yang kuat sorak dan yang kuat bersiul
Saudara Hisyam
Team GBS

2 pasukan yang memasuki semi final juga mendapat saguhati berupa hamper dimenangi oleh:

PASUKAN ABANG JAMIL8788 & PASUKAN PLATINUM9394

2 pasukan yang memasuki ke final mendapat Piala Kristal setiap seorang. Diumumkan seperti di bawah:

JOHAN – PASUKAN PUCUK2003/2004

NAIB JOHAN – PASUKAN TABOO FC9596

Readers have left 2 comments.
 No.1  junior0809
huhu..kejohanan futsal ni perlu lbh kerap diadakan,bukan setahun sekali tapi sebulan sekali ke??????? congrats.. junior futsal 0809
Faridzul (Administrator) • 2009-03-18 14:09:58
 No.2  Untitled
Tahniah kepada semua pemenang dan juga pengalah...
Admin_Kecik (Administrator) • 2009-03-23 22:16:43
Please login or register to post comments.
J! Reactions 1.09.00 • General Site License
Copyright © 2006 S. A. DeCaro
 
< Prev   Next >

Ahli Terbaru


Nordalily Binti Ab Llah
Kos: Awam

Batch: 2002/2003
Lokasi: sg buloh

Hasnatul Nazuha Hassan
Kos: Perdagangan

Batch: 1996/1997
Lokasi: Loughborough, UK

Muhammad Nasharudin bin Noordin
Kos: Elektrik

Batch: 2007/2008
Lokasi: Kuala Lumpur

nur ain abdul ghani
Kos: Awam

Batch: 2006-2007
Lokasi: kuala lumpur