| Hari Keusahawanan SMTKL 2009 |
|
|
|
|
Hari Keusahawanan SMTKL 2009 pada Sabtu, 07hb.Mac 2009 dianjurkan bersempena dengan Hari PIBG sekolah. Pihak Alumni SMTKL (ALUMTEK) mengambil peluang untuk turut serta di dalam program ini sebagai sebahagian usaha mewawarkan kewujudan ALUMTEK kepada warga SMTKL termasuk ibubapa pelajar. Selain itu ianya sebagai usaha AJK untuk menambahkan dana persatuan. Acara angkat dan susun meja bermula seawal 7.30pagi. Sebenarnya meja untuk gerai-gerai lain telah pun tersedia pada pagi tersebut, mungkin sejak petang jumaat. Cuma untuk gerai ALUMTEK sahaja tiada. Bagaimanapun dengan kerjasama yang baik daripada Cikgu Zuraidah dan 2 pelajar tingkatan 4, kami berjaya memperoleh 1 meja kantin walaupun sepatutnya 2 meja diperuntukkan kepada gerai ALUMTEK. Kemudiannya 1 meja kecik Berjaya ‘dirembat’ oleh salah seorang dari AJK, mungkin menggunapakai kemahiran semasa belajar di sekolah. Terdapat kira-kira 10 gerai di sepanjang koridor pejalan kaki dan 5 gerai di dalam kawasan kantin sekolah yang menjual pelbagai produk barangan, makanan dan permainan. Bagi ALUMTEK, kita menjual produk serta permainan seperti; 1. Unit Jumbo Sale - Pakaian terpakai terdiri dari baju kurung, t-shirt, tudung, teddy-bear dan seumpamanya. - VCD haram, majalah, komik dan seumpamanya 2. Unit Slam-Dunk - Permainan menjaringkan bola keranjang dengan cederamata seperti teddy-bear dan cawan-cawan MILO. 3. Unit Cendol - Menjual cendol dengan jenama “Cendol Mel ..Leleh”. Produk ini mendapat sambutan paling hangat dengan habis terjual tidak sampai 2 jam. - Jualan spageti juga mendapat sambutan amat menggalakkan. Begitu juga dengan jualan sup cendawan. Perancangan asal untuk membuat permainan Teka Jumlah Kacang Di Dalam Balang tidak dapat dibuat setelah penaja utama iaitu En.Kamar Lambert 86/87 dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari sebelum itu atas masalah gastrik. InsyaAllah niat murninya itu akan terlaksana dalam aktiviti-aktiviti ALUMTEK di lain masa. Secara keseluruhan, penglibatan ALUMTEK dalam Hari Keusahawanan SMTKL 2009 ini dianggap meriah dan berjaya. Kehadiran ibubapa bersempena Hari PIBG menambah kemeriahan gerai-gerai. Lawatan pelajar-pelajar yang berjiran dengan SMTKL seperti SMSS dan SMAS dilihat amat mesra sesama mereka. Hasil jualan gerai pada hari itu juga agak baik. Jualan pertama adalah pembelian 3 helai baju-baju terpakai pada harga RM10 kepada pelajar sekolah dalam pukul 8.38pg. Keuntungan hasil jualan pada hari itu akan dimasukkan ke dalam dana ALUMTEK. Antara rakan-rakan dalam ALUMTEK yang datang memeriahkan majlis pada hari tersebut adalah En. Eskandar 87/88 sekeluarga, En. Azlan 03/04 ….errr, rasanya tu jer kot. Atau mungkin ada sorang dua lagi yang tidak dapat dikesan oleh penulis. Pihak AJK mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En. Shaha (suami Sheriza) dan anaknya, Adik Zarif Shaha kerana banyak membantu sepanjang majlis tersebut. Kami juga ingin mengucapkan penghargaan kepada Pengarah Projek, Cik Azah Salleh yang masih dapat memberi komitmen pada hari tersebut walaupun rumah beliau telah dimasuki pencuri sehari sebelum itu. Kepada sesiapa yang ingin membantu dan memberi kata-kata semangat serta sokongan boleh melalui ALUMTEK dan rakan-rakan yang mengenali beliau. |
| < Prev | Next > |
|---|
Ahli Terbaru
|
|
|
| ||||||||








