| MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TERAWIH BERSAMA PENGHUNI ASRAMA SMTKL |
|
|
|
| Saturday, 05 September 2009 | |
![]() Kuala Lumpur, 05-09-2009: Majlis Berbuka Puasa & Terawih yang dianjurkan oleh pihak sekolah SMTKL sungguh meriah. Kedatangan bekas-bekas pelajar sesi 1969-1979 dan juga AJK Protem Alumtek membuat pelajar-pelajar yang juga penghuni asrama SMTKL dapat merasakan keberkatan bulan Ramadhan dan juga kehangatan bulan Syawal. Majlis yang berlangsung di surau sekolah SMTKL bermula dari jam 6.30pm – 10.30pm itu dimulakan dengan kata-kata aluan dari Puan Pengetua. Berbuka dengan air mineral dan kurma, sembahyang maghrib diimamkan oleh Ustaz Jusoh. Masa yang ditunggu telah tiba, penghuni asrama SMTKL melangkah ke Dewan Makan beramai-ramai untuk menikmati juadah berbuka yang telah disumbangkan oleh Persatuan Bekas Pelajar TIKL sesi 1969-1979. Antara menu yang ada – nasi minyak bersama kari kambing, kari ayam, acar timun, kuih-muih dan juga buah-buahan diikuti dengan air oren dan kopi panas. (Hmmm… sedap hingga menjilat jari) Acara diteruskan di surau sekolah SMTKL untuk sesi penyampaian sumbangan Hari Raya kepada pelajar-pelajar yang terdiri dari anak yatim piatu. Sumbangan tersebut ehsan dari bekas-bekas pelajar TIKL sesi 1969-1979 tersebut. Selesai acara, majlis disambung dengan Sembahyang Isyak dan juga sembahyang sunat Terawih. Sebelum majlis bermula, AJK Protem Alumtek juga sempat menghadirkan diri pada hari tersebut. Satu sesi perbincangan bersama pihak sekolah SMTKL dengan bekas pelajar sesi 1969-1979 dan juga AJK Protem Alumtek. Perbincangan bermula seawal jam 5 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang mengenai isu semasa. ![]() ![]() |
| Next > |
|---|






