|
Pihak sekolah SMTKL akan menganjurkan aktiviti untuk para Pelajar SMTKL Tingkatan 5 dan juga bekas-bekas pelajar TIKL seperti di bawah:
ACARA : GOTONG ROYONG PERDANA 2009 TARIKH : 07 FEB 2009 JAM : 8 PAGI TEMPAT : SEKOLAH SMTKL TUJUAN : MENGECAT 22 KELAS TINGKATAN 4 & 5
Gotong-royong Perdana ini memerlukan khidmat sukarelawan-sukarelawan & sukarelawati-sukarelawati dari Alumtek KL (XTIKL) bagi memeriahkan lagi hari tersebut. Yang sangat-sangat diperlukan adalah tenaga, tulang 4 kerat dan masa tuan-tuan & puan-puan semua.
Cat-cat, berus-berus kecik, besar, pendek dan panjang, tong-tong, penyapu sudah dibeli dan disediakan oleh pihak sekolah SMTKL. Insya Allah, penglibatan pihak BOMBA juga ada pada hari tersebut utk memastikan longkang disembur bersih dan segala daun atau sampah di atas bumbung sekolah dibuang. Keluarga angkat SMTKL – Touch N Go akan turut serta menyumbang sesuatu kepada sekolah kita.
Kepada ahli-ahli Alumtek KL(XTIKL) yang ingin menyumbang dari segi wang atau harta benda juga dialukan. Sumbangan seperti pokok bunga yg tahan lasak, kaktus, bunga orkid, bunga tahi ayam, bunga raya, baja-baja, gazebo, kerusi taman, air pancut, rumput karpet amat sesuai.
Paling tidak, datanglah beramai-ramai kerana sambil bergotong-royong, satu pertandingan akan diadakan utk 5 kelas yg terbaik, terkemas & tercantik hasil catnya... Juri2 professional diperlukan juga...
Utk maklumat lanjut sila hubungi sub-committee seperti di bawah: 1) SHASHA a.k.a OZARK 87/88 (019-2214217) 2) SHERIZA 88/89 (012-3222624) 3) MELISSA 92/93 (016-3175930) Register kehadiran anda klik di sini |